Khamis, 9 April 2009

Rabu, 8 April 2009

HASIL KARYA DR. ARBAK OTHMAN...











MEMORI BERSAMA....


BBM 341O....


Tahun ni merupakan tahun yang paling aku tunggu-tunggu, ye lah... dah nak grade, tapi ape yang jadi sekarang ni lain pulak yang aku rase… sedihnye nak tinggalkan kampus hijau yang indah ni…(bermadah la pulok)..hehe..berjauhan dengan kawan-kawan lagi..macam-macam yang aku fikir. Untuk pengetahuan semua, tugasan ni merupakan tugasan yang terakhir yang aku buat sebelum aku dan rakan-rakan berhempas pulas memikirkan tentang jawapan kepada soalan-soalan final exam yang akan bermula minggu hadapan. Nak dijadikan cerita, Dr. Normaliza mahukan semua pelajar yang amik kursus BBM 3410 iaitu bahasa dalam Multimedia cerita kembali saat-saat indah dan ngeri sepanjang belajar kursus ni. Besh jugak sebab tak pernah aku buat tugasan serupa ni. Hehehe...
Ok lah, aku nak start dari mane ek?? Oooh! Hari pertama aku menjejakkan kaki ke kelas ni ialah hari rabu..aku ingat lagi, time tu ade 2 orang pensyarah yang masuk, dr. Normaliza dengan dr. Arbai’e Sujud.. pelik betul mase tu..macam-macm andaian yang kiteorang buat...takkan lah 2 orang sekaligus nak ajar kiteorang. Huhuhu...cuak pun ade. Dr. Normaliza bagitahu beliau yang ajar time kelas biase, tapi dr.Arbai’e pulak ajar time nak ajar cara nak buat papan cerita. Lega sikit hati ni.. hehehe..lepas je penerangan tu, dr. Normaliza suruh kiteorang buat kumpulan. Kelas ni satu-satunya kelas yang memerlukan ketangkasan dan kecekapan dalam berinteraksi. Setiap kumpulan kena ada dalam 6 orang ahli. Senang aje, cari je yang dah biasa dengan aku, abis cerita. Ahli kumpulan aku ialah Nina, Ayu, Najmie, Jiha dan Alifah. Bile da siap buat kumpulan, semua perlu sepakat memikirkan nama kumpulan masing-masing. Macam-macam nama yang kiteorang bagi. Akhir sekali kami seia sekata memilih WONDERPETS sebagai nama kumpulan kami. Aku ni bukan la peminat kartun sangat, tapi sebab trademark yang bagus, kiteorang setuju pilih nama tu sebagai lambang kemegahan kami..hahaha. APE YANG PENTING??? KERJASAMA!!! Ni la trademark kiteorang..selalu bekerjasama dalam kumpulan.hehehe.
Sebelum habis kelas dr. Bagitahu yang kiteorang perlukan kelas tutorial untuk melaksanakan kerja-kerja amali yang akan menggunakan aplikasi on-line. Aku dah pening kepala..ape hal la pulak nak buat banyak kelas ni?? Huhu..bukan tu aje, siap ade guru pulak tu. Dr. Bagitahu kumpulan besar ni akan dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil, dan sekumpulan akan diajar oleh Cik Nurul Hazima iaitu akak yang sedang membuat master dan lagi dua buah kumpulan akan diajar oleh Cik Alia iaitu tutor yang mengajar di KLIUC..seram pulak aku dengar cerita dr. ni...setiap pelajar perlu pilih jadual masing-masing dan dikehendaki mendaftar nama masing-masing. Sape yang lambat isi, alamatnye melepas la kelas pada waktu yang besh2..huhuhu. Aku da buat keputusan nak daftar name kat kumpulan hari Khamis, pukul 8 malam.
Minggu pertama dr. Normaliza dah menunjukkan sikap yang amat menggerunkan bagi aku. Dr. bagitahu setiap kumpulan di wajibkan membawa gam Uhu, gunting, maunting board, ribon, puncher, dan juga majalah terpakai. Dengan semangatnya kiteorang mencari dan memastikan semua tu ade time ke kelas minggu berikutnya. Kelas ni paling istimewa bagi aku sebab banyak yang dapat aku pelajari dan aku paling hepy sepanjang pengajian aku kat Upm. Dr. Normaliza ni tegas, tapi comel sangat! Dia ni nampak je slumber, tapi aku tahu dia ni bermisi dan bervisi. Hohoho! Dr. paling pantang pelajar datang lambat. Tak berdisiplin katenya. Dia takkan benarkan sape-sape yang datang lambat untuk duduk, tapi diorang kene berdiri kat depan kelas. Naseb la aku ni jenis cepat dan takut kene marah, aku tak pernah lambat ke kelas. Mesti lagi awal sampai dari dr. Normaliza. Selain tu, tentang dr. yang paling aku suka ialah dia ni jenis yang buat lawak gile-gile punye lawak. Sakit perot aku kalau dia start buat lawak. Dr. Normaliza ni pun pantang budak-budak kelas buat bising contohnya saje-saje buat bunyi pen, main tekan-tekan pen.bingit katanya. Lagi satu dia tak suke budak-budak yang berjalan seret kasut atau sandel. Baginya, bunyi tu seperti melambangkan diri seorang yang pemalas. Kalu fikir-fikir, betul juga apa yang dikata olehnya. Aku setuju.
Seterusnya minggu kedua, macam biasalah... semua pelajar diwajibkan ke kelas ni sebab kelas ni setiap minggu ada markah berkumpulan. Minggu pertama, dr. memberi kuliah mengenai teori asas grafik. Dari segi kesesuaian, keseimbangan, mudah, warna dan teks. Ciri-ciri ini amat penting untuk menghasilkan grafik yang baik. Lepas je selesai menyalin nota, ohh!!! Lagi satu yang aku rase kelas ni istimewa dan menarik sebabnya adalah kelas ni kalau nak menyalin nota, setiap orang ataupun wakil kumpulan mestilah menyediakan kamera. Kamera ni bukannya sebab nak amik gambar sendiri atau orang lain, tapi sebab nak amik gambar nota kat slide depan. Cayalah!! Memang bagus teknik ni sebab selain daripada nota yang diperolehi, kiteorang pun dapat lah menghilangkan stress menyalin nota menggunakan tangan.hehehe..lagi satu senang sangat nak menumpukan perhatian kepada Dr. Normaliza yang sedang memberi kuliah di depan kelas.
Lepas je siap salin nota, Dr. Normaliza pun bagi arahan setiap kumpulan kene cari tempat nak buat aktiviti seterusnya. Aktiviti ni nak menguji kefahaman semua pelajar tentang nota yang telah diberikan tadi. Ingat lagi tak yang aku dan budak-budak lain kene bawak barang-barang macam gam, majalah, gunting dan sebagainya tadi?? Haa..aku dengan budak-budak kumpulan aku cepat-cepat cari tmpat baik punyer..betul-betul tepi dinding, sebelah dengan meja dr. Normaliza. Lepas tu, kiteorang pun kenalah belek gambar-gambar kat majalah lama tu. Gambar yang ada mesti mempunyai kesemua nilai asas grafik seperti mana yang telah diterangkan oleh dr. Lepas je siap gunting, ada yang bertugas untuk gam sume tu kat kad yang ade sebanyak 6 keping. Mula-mula macam tak paham, bile dah siap buat mende tu, memang aku jelas dan lagi paham tentang nota yang dikuliahkan oleh dr. tadi. Setiap kumpulan perlu siapkan sebelum jam 2 petang dan hantar tugasan tersebut ke bilik dr. Kumpulan aku yang memang tangkas dan paling bekerjasama ni (puji diri sendiri la pulok) dapat menyiapkan tugasan seperti mana yang diingini oleh dr. hepy gak tgk hasil kiteorang sebab tugasan pertama ni dapat A+...CAYALAH!!
Pada minggu yang berikutnya, aku dan rakan-rakan yang lain dikehendaki membawa laptop. Paling kurang satu laptop bagi setiap kumpulan. Semua kumpulan ditugaskan untuk membuat esei sepanjang 8 muka surat. Setiap kumpulan diberikan tajuk yang berlainan. Kumpulan aku dikehendaki membuat esei yang bertajuk aplikasi permainan video terhadap kanak-kanak. Macam-macam idea yang kiteorang bagi untuk menyiapkan tugasan ni. Bukan senang nak buat esei secara spontan. Karang punya karang, dapat juga kiteorang siapkan esei ni sebelum pukul 2. Lepas je siap, semua kumpulan dikehendaki menghantarnya melalui e-mail kepada dr. Normaliza. Markah akan dinilai oleh beliau berdasarkan isi dan penerangan yang tepat dan bernas. Memang kumpulan aku cuak sebelum dapat siapkan tugasan ni sebab takut tak dapat nak karang sampai 8 muka surat, tapi lastnya dapat jugak disiapkan.
Sebelum pulang, setiap ahli kumpulan turut dikehendaki membawa kamera sekurang-kurangnya sebuah kamera untuk aktiviti minggu yang berikutnya. Semua sibuk menanya, ape la pulak aktiviti yang akan kiteorang buat nanti???...dah sampai ke hari kejadian, minggu ni dr. Normaliza meminta setiap kumpulan mengambil gambar posing yang akan digunakan untuk membuat slide. Gambar-gambar yang diambil haruslah mempunyai unsur grafik yang baik dan boleh diaplikasi dengan ayat peribahasa ataupun ayat yang berkaitan. Mulalah kiteorang ambik gambar..mula-mula kat tepi pagar, lepas tu kat tepi longkang, gambar terbang dan yang paling aku tak boleh lupe gambar time dok kat cermin dalam tandas. Kelakar betul!!! Tak pernah aku rasa macam ni sepanjang aku belajar kat sini. Kali pertama aku hepy dan suka belajar, sebabnya aku dapat pengalaman yang tak akan aku lupa sampai bila-bila. Kumpulan aku dah siap amik gambar. Banyak jugak sebab takut tak dapat posing yang menarik, slide pun kene buat banyak, 20 slide...kene persembahkan sekali dengan lagu dan peribahasa yang berkaitan dengan shoot gambar yang diambil. Minggu depan dah kene present, jadi cepat-cepat kiteorang siapkan untuk buat slide yang gempak.

Seperti yang dijanjikan, minggu ni setiap kumpulan kene present slide yang telah dibuat. Aku dan ahli kumpulan yang lain berdebar-debar menunggu giliran. Kiteorang kene buat yang terbaik untuk mendapat markah yang tinggi. Banyak shoot yang menarik, lagi banyak markah yang mungkin kiteorang peroleh. Tapi tu semua kat tangan dr. Normaliza. Lepas je kiteorang present, hati ni berasa amat lega.
Sebelum pulang, kiteorang dikehendaki membawa kertas lukisan, pensel warna dan stepler pada minggu hadapan. Timbul lagi pelbagai andaian kat kepala aku dan rakan-rakan yang lain. Kali ni nak buat ape la pulak???. Rupa-rupanya, pada hari yang dijanjikan kiteorang kene buat e-majalah. Sebelum e-majalah diterbitkan, dah tentu kiteorang perlu menyiapkan draf awal yang akan digunakan untuk melakukan sesuatu kerja. Setiap kumpulan dikehendaki memilih tajuk majalah dan hendaklah membuat draf yang secantik yang boleh. Draf ini akan dilukis pada kertas lukisan, asas grafik yang telah dipelajari perlu diaplikasikan kedalam draf ini. Papan cerita ini tidak hanya dilaksanakan pada kertas, tetapi realitinya akan dipindah ke dalam bentuk animasi yang benar dalam komputer.
Dr. Arbai’e telah mengajar pelbagai asas membuat papan cerita. Dari segi pembinaan cerita, pemindahan skrip, penghasilan grafik, audio dan sebagainya merupakan satu ilmu yang baru bagi aku. Banyak pendedahan tentang papan cerita yang aku perolehi. Tidak dinafikan, banyak elemen yang kurang aku fahami tapi dapat dijelaskan oleh dr. Arbai’e dengan baik sekali. Contoh penghasilan papan cerita dalam sesebuah animasi turut dipertontonkan semasa kuliah. Aku mula jatuh cinta dengan kuliah beliau.
Selain daripada kuliah pada setiap hari rabu, aku juga perlu menghadiri tutorial pada setiap malam khamis di makmal 1, Sanggar bahasa. Kelas ni lain daripada yang lain sebab aku kene aplikasikan setiap apa yang aku pelajari pada kuliah yang lalu. Aku paling takut datang lambat kelas Cik Alia ni sebab dia garang yang amat!!! Pertama kali bersua, dia buat muka garang sangat...dalam hati aku, berdebar sangat..tak boleh main-main dalam kelas ni. Alamatnya mati aku! Hehehe, tu kali pertama aku jumpe dia, tapi dah lama bersama, baru aku tahu Cik Alia baik dan sangat peramah orangnya. Dia ni cepat kenal ngan pelajar-pelajar yang nakal macam aku. Huhuhu..
Minggu kedua kelas ni bermula, kiteorang dah dapat tugasan yang berat jugak la..tugasan pertama yang aku kene buat ialah buat power point selama 30 saat, dan perlu membuat persembahan mengenai tajuk yang global. Tajuk yang aku pilih ialah revolusi telefon bimbit. Macam-macam jenis telefon yang aku tunjuk kat dalam slide tu. Dari telefon yang besar dan berat, hinggalah kepada zaman sekarang yang menggunakan telefon bimbit berkamera dan sesentuh yang paling canggih pada dekad ini. Slide yang aku buat perlu dimasukkan lagu yang bersesuaian. Minggu ke4, aku persembahkan power point kepada semua budak kelas aku dan Cik Alia memberi markah kepada semua pelajarnya.
Selesai saja membuat power point, kami telah diberitahu bahawa kami perlu membuat kalendar tahunan yang menggunakan adobe photoshop. Aku dan rakan-rakan pun bertungkus lumus selama 3 minggu untuk menyiapkan kalendar kerana pada minggu ke 8, kalendar perlu dihantar. Bermula sahaja minggu ke 5, aku mula membuat sedikit demi sedikit kalendar tu. Tugasan yang paling rumit ialah mengedit gambar yang akan diletakkan ke dalam kalendar. Mula-mula aku agak kekok, tapi bila dah lama buat kalendar ni, rasa seronok pun ada. Pada minggu ke 8, aku dah siapkan kalendar dan amat gembira melihat kalendar yang aku sendiri buat. Kalendar ni sekarang ada kat meja belajar aku. Macam sumber inspirasi pulak, hehehe...aku amat gembira dapat menyiapkan tugasan yang paling mencabar ni. Sesiapa je yang masuk ke bilik aku dan melihat kalendar ni, mesti bertanya dari mana aku membelinya, jawab aku dengan bangga...mestilah buat sendiri. Pengalaman ni takkan aku lupa sampai bila-bila.
Lepas je siap buat kalendar, ade lagi tugasan lain yang muncul. Tugasan ni pun agak mencabar kepandaian aku yang agak cetek tentang komputer. Tapi, berkat kesabaran dan rajinan aku menanya Cik Alia dan kawan-kawan, tugasan merekabentuk website dapat aku siapkan. Website ni offline, tapi memerlukan kreativiti masing-masing untuk merekanya. Mulai daripada minggu ke 9 hinggalah minggu ke 11, aku dengan sedaya upaya menyiapkan tugasan ni. Agak sukar mula-mulanya untuk aku menggunakan frontpage ni, tapi aku cuba jugak sampai lah aku pandai sikit-sikit. Akhirnya, dapat jugak aku siapkan.
Bukan tu je, lepas aku siapkan website, tugasan terakhir yang aku perlu siapkan ialah penghasilan blog. Aku dikehendaki menghasilkan blog mengenai seorang tokoh bahasa yang memerlukan aku untuk menemuramah beliau. Tokoh bahasa yang aku ingin tonjolkan ialah Dr. Arbak Othman. Beliau merupakan pensyarah aku di fakulti yang sama, iaitu fakulti bahasa Moden dan Komunikasi. Aku perlu membuat sebanyak 10 post tentang beliau dan perlu menghasilkan blog yang menarik untuk dinilai oleh Dr. Normaliza dan Cik Alia sendiri. Di sinilah aku dapat mencari pengalaman sendiri bagaimana untuk berinteraksi dengan masyarakat di luar kepompong masyarakat sekeliling aku sendiri.

Di sini juga aku ingin kongsikan kenangan yang terindah sepanjang aku bergelar siswazah kat kampus ni, dan amat beruntung kerana berpeluang menjadi pelajar khusus BBM 3410, bahasa dalam Multimedia. Selain kuliah di dalam kelas, aku turut berpeluang menimba ilmu di luar kawasan Universiti apabila menjalankan program amal bersama anak-anak yatim dan miskin di rumah Rukaiyah Bangi. Tak dapat aku gambarkan kegembiraan hati ini apabila berpeluang menjalankan aktiviti ni bersama-sama dengan rakan kumpulan aku sendiri iaitu Wonderpets dan juga kumpulan Phoenix. Kumpulan kami bekerjasama merangka aktiviti harian yang akan dijalankan sepanjang kami berada di sana.
Pelbagai pengalaman dapat aku perolehi sepanjang berada di sana. Sebelum aktiviti amal ini dijalankan, kami perlu menyediakan kertas kerja yang berkaitan dengan aktiviti yang akan kami lakukan. Perancangan yang baik akan menghasilkan kerja yang baik. Kesungguhan dan kerjasama yang berterusan daripada kedua-dua ahli kumpulan amat membantu memastikan program ini berjalan lancar. Sebelum menjalankan program, aku dan beberapa ahli kumpulan telah berjumpa dengan pihak pengurusan rumah penjagaan Rukaiyah tersebut untuk menyerahkan kertas kerja yang telah diluluskan oleh Dr. Normaliza. Selepas berbincang serba ringkas dengan pihak pengurusan, mereka berbesar hati untuk menerima kehadiran kami semua. Rasa berdebar-debar hati aku kali pertama menjejakkan kaki ke rumah penjagaan anak-anak yatim dan miskin kompleks Rukaiyah ini.
Pada 22 Mac 2009, seperti yang telah dijanjikan, kami dua kumpulan yang disertai seramai 12 orang telah tiba di Kompleks tersebut kira-kira pukul 9 pagi. Sewaktu kami tiba, anak-anak sedang bersarapan. Bilangan anak-anak di Kompleks ni hanya seramai 23 orang sahaja. Stafnya adalah seramai 4 orang. Kami disambut baik oleh pihak pengurusan di sana. Selesai bersarapan, semua anak-anak dikehendaki berkumpul di tempat makan dan mendengar taklimat ringkas daripada pihak kami. Selesai sahaja taklimat ringkas tersebut,kami berkenalan di antara satu dengan yang lain. Seusai itu, aku dan rakan-rakan membawa anak-anak ke kawasan lapang untuk menjalankan aktiviti pertama iaitu senaman pagi. Kami bersenam selama 15 minit dan terus menjalankan aktiviti kedua iaitu bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar. Aku dan Sarah mengambil keputusan keluar sebentar untuk ke kedai yang berdekatan. Aku dan Sarah membeli peralatan untuk membersihkan sampah dan sebagainya. Peralatan seperti penyapu sampah yang sedia ada tidak dapat digunakan lagi kerana sudah patah dan tidak mencukupi. Apabila semuanya telah disediakan, aktiviti gotong-royong kembali rancak dan berjalan dengan lancar.
Sepanjang waktu kami bergotong royong, aku dan budak-budak lain banyak menjelajah dan membersihkan kawasan sekitar. Lepas je sapu sampah dan daun-daun yang gugur, kami mencabut rumput, dan mengumpulkan semua sampah dalam beg plastik. Longkang pun kami bersihkan sebab banyak sampah di dalamnya. Tak dinafikan semua orang bekerjasama dan saling membantu masa buat kerja-kerja ni. Selesai je membersih semua kawasan, kami semua berkumpul kembali untuk makan pagi yang telah disediakan oleh kumpulan kiteorang. Kami telah menyediakan roti dan air mineral untuk semua anak-anak yang istimewa ni. Sayu hati aku bila tengok diorang gembira dan makan sama-sama. Sambil kami makan-makan, dapatlah berkongsi cerita dengan adik-adik yang ramah menyapa kami semua. Ada yang banyak cakap, ada gak yang pemalu dan lebih senang bersendirian. Aku paham mengapa mereka berkelakuan begitu.
Selesai je kami semua makan pagi, aktiviti dalam kumpulan pun berlangsung, tapi sebelum tu, kiteorang mewajibkan setiap orang memakai name tag untuk memudahkan kami mengenali adik-adik ni. Aktiviti pertama ialah membuat kumpulan kecil dan meminta semua kumpulan untuk menghasilkan logo, cheers, dan slogan yang tersendiri. Aktiviti ini penting supaya semangat bekerjasama dan muafakat di antara ahli kumpulan dapat diwujudkan. Aku dan beberapa orang rakan yang lain turut membantu adik-adik untuk menjayakan aktiviti ni. Tiba masa untuk perbentangan, semua ahli kumpulan tadi bersungguh-sungguh menerangkan tentang lukisan logo dan slogan yang mereka telah pilih. Aku berbangga dengan kebolehan dan kesungguhan mereka melibatkan diri dalam aktiviti ini. Semangat kerjasama dapat dilihat antara mereka. Aktiviti ini turut memperlihatkan kemahiran mereka dalam berkomunikasi dan aku dapat lihat, terdapat beberapa orang yang pandai melukis. Daya kreativiti ini dapat dihasilkan melalui daya usaha yang berterusan. Persembahan yang disampaikan amat menarik dan menghiburkan. Aku dan semua rakan-rakan amat berpuas hati dengan kerjasama yang mereka berikan.
Selesai je semua buat persembahan, seiap kumpulan dikehendaki masuk semula ke dalam kumpulan masing-masing dan aktiviti kedua akan diadakan. Aktiviti kedua ni dapat membantu adik-adik untuk memahami tentang bahasa Melayu terutamanya berkaitan dengan pemahaman kata hubung. Aku dan rakan-rakan lain bertugas untuk menyelia adik-adik berkaitan dengan kata hubung. Setiap orang diberikan soalan yang berkaitan dan dikehendaki menjawabnya. Kami semua akan membantu mereka yang agak lemah pemahamannya. Aku turut memberi tips yang berguna untuk mereka gunakan ketika menjawab soalan bahasa Melayu dalam peperiksaan nanti. Aku tengok rata-rata budak ni dapat menjawab soalan yang diberikan dengan baik, tetapi, terdapat juga beberapa orang yang agak kurang pandai dalam subjek ini. Segala pengetahuan dan ilmu yang ada perlulah dikongsi bersama untuk membantu mereka yang agak lemah dalam mata pelajaran bahasa Melayu. Subjek ini amat penting di sekolah dan merupakan mata pelajaran yang wajib dikuasai oleh semua. Aku rasakan amat beruntung dapat bersama-sama membantu mereka yang memerlukan. Disamping menyelia mereka melakukan latihan tadi, kami berborak tentang kehidupan dan masalah yang mereka hadapi. Walaupun pelbagai masalah yang mereka hadapi, aku lihat mereka kuat dan gagah untuk mengharunginya. Semoga setiap dari mereka menjadi insan yang cemerlang dan berjaya suatu hari nanti.
Selepas je tamat aktiviti tu, perut kami semua dah mule menyanyi. Dah tentu rasa lapar datang sebab jam masa tu dah pukul 1 lebih...nak dijadikan cerita, semua adik-adik Kompleks Rukaiyah telah disediakan makan dan minumnya. Kami tanpa melengahkan masa mengambil keputusan untuk meninggalkan mereka sementara untuk makan tengahari. Kami seramai 12 orang telah membawa diri ke restoran yang berdekatan untuk menikmati juadah makan tengahari. Dengan menggunakan 3 buah kereta, akhirnya kami tiba ke destinasi. Ape lagi, cepat-cepat aku memilih juadah tengahari dan makan beramai-ramai. Syok jugak makan ramai-ramai ni, sebabnya aku bertambah selera, makan pun banyak. hehehe, lepas je kiteorang makan tengahari, tibalah masa untuk pulang semula ke Kompleks Rukaiyah untuk solat zohor berjemaah. Aktiviti ni paling bererti bagi aku sebab dapat mengeratkan ukuwah antara kami semua tidak kira umur dan darjat.
Selesai menunaikan solat zohor, kami berehat dan bersama-sama menonton cerita animasi Upin dan Ipin . Cerita ni bukan sahaja diminati oleh budak-budak kecik, aku pun minat gak! Kiteorang bersantai dan seronok melihat gelagat animasi ini yang bukan sahaja membawa keseronokan semata-mata bahkan memberi pengajaran yang tersendiri kepada kami semua. Aku rasa seronok melihat senyuman yang terukir dibibir adik-adik yang aku baru saja kenali ni. Walaupun hidup serba kekurangan, mereka tetap insan biasa yang memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada sesiapa yang mahu membantu. Baru aku sedar bahawa masih ada lagi insan yang kekurangan dan memerlukan di dunia ini. Kesenangan dan kebahagiaan jika dikongsi bersama mampu menjadikan seseorang itu lebih tahu erti bersyukur dan menghargai nikmat dan kurnia yang telah diperolehi. Kemudiannya, aku dan rakan-rakan menanyakan beberapa soalan yang berbentuk pemahaman tentang cerita tadi. Banyak pengajaran dan nilai-nilai murni yang dapat diperolehi. Mereka bersemangat menjawab soalan-soalan yang diajukan. Mereka yang berjaya menjawab soalan telah diberi saguhati. Mereka semakin bersemangat untuk menjawab soalan yang telah diajukan. Pelbagai cara telah kami lakukan untuk meningkatkan interaksi bersama mereka.
Masa terlalu mencemburui kami semua, petang telah menjelma. Tidak aku sedari sehinggalah sampai ke agenda yang teakhir iaitu minum petang. Aku dan rakan-rakan kumpulan yang lain telah menyediakan minum petang untuk semua. Mereka dihidangkan dengan biskut berjem coklat dan minuman kotak. Mereka gembira dan tidak sabar-sabar untuk menikmatinya. Aku dan rakan-rakan hanya mampu melihat keletah mereka. Tersentuh hati ini melihat mereka semua. Aku berdoa agar mereka dilimpahi dengan kesenangan dan rezeki yang berpanjangan. Selesai sahaja menikmati minum petang, tibalah masa untuk kami menyampaikan sumbangan ikhlas dan hadiah kepada semua adik-adik. Mereka amat gembira dan tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada kami. Kegembiraan jelas di mata. Namun, di dasar hati mereka terselit kesedihan yang amat sukar untuk ditafsirkan. Aku hanya mampu berdoa semoga kehidupan mereka akan bertambah baik dan semakin ramai insan yang akan datang menghulurkan bantuan atau menabur bakti kepada adik-adik di sini kerana mereka memerlukan kemudahan seperti makanan, pendidikan, kasih sayang sesama insan dan sebagainya. Perlindungan seumpama ini tidak mungkin diperolehi jika tiada insan yang sedar tentang mereka yang kurang berkemampuan seperti mereka.
Saat perpisahan tiba jua, tapi kami berazam jika ada peluang dan masa, kami akan datang kembali menjenguk dan melawat Kompleks Rukaiyah ini kerana memori yang terpahat di sini tidak akan dapat di padam sepanjang aku berada di dunia ini. Kami bersalam-salaman dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Kompleks yang telah banyak memberi kerjasama kepada kami. Sebelum berangkat pulang, kami semua merakamkan gambar kenang-kenangan dan merakamkan ucapan daripada pihak pengurusan. Temuramah ini akan dipersembahkan pada semua pelajar di kelas nanti. Kompleks kebajikan Rukaiyah ini telah ditubuhkan pada awal tahun 2007, dan mempunyai seramai 23 orang, termasuklah anak-anak yatim dan anak-anak miskin. Bantuan yang seumpama ini dan juga berbentuk dana boleh disalurkan kepada pihak Kompleks Kebajikan untuk membantu mereka menguruskan anak-anak ini. Sesungguhnya amalan ini amat dituntut dalam Islam untuk membantu insan yang memerlukan. Pengalaman ini adalah pengalaman yang paling manis dan tak dapat aku cari di mana-mana. Perasaan sayu dan syukur tak dapat aku gambarkan dengan kata-kata. Pengalaman seumpama ini mampu mendidik dan menanamkan sikap prihatin terhadap insan lain dan mampu membentuk diri aku menjadi insan yang lebih baik dan ikhlas untuk membantu. Ramai lagi insan yang malang dan perlukan perhatian daripada masyarakat. Didikan seumpama ini tidak dapat diperolehi di bilik kuliah, tetapi aku beruntung kerana dapat belajar tentang hidup semasa melakukan kerja amal ini bersama-sama rakan yang lain.
Pada 25 hb Mac, aku seperti biasa ke kelas Dr. Normaliza dan setiap kumpulan perlu membentangkan hasil kerja amal yang telah dilakukan. Kumpulan aku menyediakan slide seperti yang dikehendaki oleh Dr. Normaliza. Semuanya berjalan lancar sewaktu slide di persembahkan. Aku bersyukur dan lega dengan hasil yang kami perolehi kerana Dr. Normaliza amat berpuas hati dan berbangga dengan pencapaian pelajar kelas BBM 3410. Walaupun kami semua penat, semuanya bagai hilang selepas menyaksikan slide yang dibentangkan. Aku amat gembira dengan hasil persembahan kumpulan Wonderpets kerana kerjasama yang baik dari semua ahli kumpulan telah memberi hasil yang baik pada hari tersebut. Pelbagai pengajaran dan pengalaman yang dapat dikutip oleh kami semua semasa menjalankan aktiviti amal ini. Walaupun pelbagai halangan ditempuhi, kami tetap bersemangat meneruskan kerja amal ini kerana merasakannya sebagai salah satu tanggungjawab sebagai masyarakat.
Kampus hijau ni banyak mencoretkan kenangan yang terindah sepanjang aku bergelar seorang siswazah. Aku beruntung dapat menjadi pelajar kepada Dr. Normaliza yang telah mendidik kami menjadi insan yang lebih baik dan perihatin dengan dunia luar. Keperibadian kami dibentuk bukan hanya di dalam kelas, bahkan di luar kawasan fakulti. Walaupun aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dirasakan sebagai tidak menepati pelajaran, aku merasakan ianya amat penting untuk dipelajari kerana bukan sahaja ilmu yang diperolehi, bahkan aku mampu menjadi individu yang lebih berketerampilan dan berguna berbanding dahulu. Keadaan ini berbeza jika direnung kembali. Aku amat berharap agar aktiviti yang dijalankan sepanjang aku menjadi pelajar kelas BBM 3410 turut diterapkan kepada pelajar-pelajar yang akan datang. Sumbangan ini akan memberi kesan yang positif kepada mahasiswa tidak hanya pada masa sekarang, bahkan pada jangka waktu yang panjang.
Akhir kata, aku Wan Noor Elleyana Bt Wan Abas ingin memohon maaf jika ada terkasar bahasa dan tersinggung mana-mana perasaan sepanjang bersama-sama menjadi pelajar kelas BBM 3410. Abadikanlah kenangan bersama sepanjang berada di kampus hijau ini. Aku berdoa agar Dr. Normaliza, Dr. Arbai’e Sujud, Cik Alia dan Cik Nurul Hazima sentiasa berada dalam keadaan sejahtera dan aku juga ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas segala tunjuk ajar dan kesabaran mengajar anak didikmu ini. Kenangan yang indah ini akan terpahat dihati aku. Tidak dilupakan, buat semua rakan seperjuangan, pelajar kursus BBM 3410 dan semua budak kelas aku, iaitu budak bahasa dan Linguistik Melayu, kenangan kita bersama tak kan dapat aku lupakan. Terima kasih di atas segala kerjasama yang telah diberikan sepanjang kita bersama, sekian.



Selasa, 7 April 2009

PENGLIBATAN TERKINI...

Dr. Arbak melibatkan diri dalam bidang telaah teori sastera melalui pembacaan, penasihatan dan teguran daripada pakar-pakar dan para sarjana sastera tanah air yang sudi meluangkan masa untuk maksud menyumbang dan membantu. kesan daripada usaha beliau inilah terbitnya beberapa buah esei kritikan puisi dalam majalah tempatan, terutamanya dalam dewan sastera, DBP. Baru-baru ini, beliau telah berjaya menghasilkan sebuah buku kritikan puisi yang berjudul Semiotik dalam penelitian Puisi yang diterbitkan oleh penerbit Citra Kurnia Enterprise, Seri Kembangan, Selangor. (2003).
Beliau turut terlibat sebagai ahli Panel Hakim Hadiah Sastera Utusan -Exxon Mobil dan Panel Hakim Hadiah Sastera Negeri Sembilan (PEN). Beliau sering diundang untuk membuat kajian dan penyelidikan untuk analisis antologi puisi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka daripada berbagai-bagai Cawangan ( Selatan, Pantai Timur dan Selatan Semenanjung Malaysia).
Penyelidikan akhir yang sedang dijalankan sekarang ialah Nahu Namilis dan Penerapannya dalam bahasa Melayu.

Ahad, 5 April 2009

ANUGERAH BUATMU...



Beliau telah memperoleh pelbagai anugerah sebagai penghargaan terhadap hasil kerja keras beliau dalam arena perjuangan bahasa ini. Beliau pernah memenangi Hadiah Sastera 2001 Kumpulan Utusan dalam kategori Sajak (Hadiah Utama) pada 4 Julai 2002 dan Hadiah Sastera Perdana Dewan Bahasa dan Pustaka bagi kategori Kritikan Sastera bagi tahun 2001/2002. Pada tahun yang sama 2002, pernah juga memenangi hadiah saguhati dalam Seyembara Antologi Puisi Selangor dengan judul Wajah kemerdekaan. Pada bulan Mei 2004, penulis memenangi Anugerah Hadiah Sastera Kumpulan Utusan bagi kategori esi kritikan, anjuran DBP, Kuala Lumpur.

SEMINAR / WORKSHOP

Seminar/Kursus/Konfrensi/Bengkel yang dihadiri

1. Seminar Penulisan Modul Program M.A. di Bagunan IDEAL, UPM, Serdang, pada 5-6
April 2000.
2. Pertemuan Sastera: Menemukan Usman Awang dengan Alexander Pushkin, Anjuran DBP dan Pusat Kebudayaan Rusia, Kuala Lumpur di Balai Seminar DBP pada 15.5.1999.
3. Ceramah Tentang Masyarakat Keturunan Melayu-Indonesia di Afrika Selatan (Cape Malays) oleh Tuan Ismail Petersen, di Dewan Kuliah Komunikasi, FBMK. UPM pada 26.5.1999.
4. Seminar Sehari Jabatan Linguistik IV di UKM, Bangi, pada 15.6. 1999.
5. Bengkel Adverba dalam Bahasa Melayu pada 17.6.1999 di Park Royal, Kuala Lumpur.
6. Ceramah Umum IKTBM, Dasar Bahasa Malaysia oleh Datuk Dr. Hassan Ahmad pada 17.6. 1999 di Balai Seminar, DBP, Kuala Lumpur.
7. Pelancaran buku antologi puisi Sumpah Setia Bahasa, pada 22.6. 1999 di Dewan Budaya, DBP, Kuala Lumpur.
8. Wacana Budaya: Transformasi Budaya pada Alaf Baru, pada 23 Jun 1999 di Dewan Budaya, DBP, Kuala Lumpur.
9. Diskusi Jejak Rapsodi Zaen Kasturi di Balai Seminar pada 26.6.1999, DBP, Kuala Lumpur.
10. Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Dan Sastera Negara 1999 pada 10.9. 1999 di Hotel Istana, Kuala Lumpur.
11. Seminar Bulanan Sosiolinguistik di Jabatan Pengajian Melayu, Unibersiti Malaya, September 1999.
12. Kursus LOTUSUITE – ABC DAN LOTUS PRO 1,2,3 PADA 25-28 Oktober 1999.
13. Seminar Mini PLM, Bahasa Melayu Dalam Arus Perdana: Teori Linguistik Semasa, anjuran PLM dan JBM, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, pada 30.10.1999.
14. Bengkel Penulisan Modul Program Master Sastera (Bahasa Melayu) pada 11.11. 1999 di Dewan Persidangan IDEAL, UPM, Serdang, Selangor.
15. Majlis Malam Gema Senandung 111 di Panggung Percubaan, UPM, Serdang pada 1.12.1999.
16. Majlis Forum Dato’ Onn Jaafar dalam Memperjuangkan Maruah Bangsa di Dewan Persidangan Ideal, UPM, Serdang, Selangor, pada 6.12.1999.
17. Malam Puisi Berunsur Islam di UKM, Bangi, pada 18.12.1999.
18. Wacana Budaya, Bahasa dan Sastera di Sudut Penulis DBP, setiap bulan, tahun 2001.
19. Bengkel Jalinan Siswa USM-UPM di USM, Pulau Pinang pada 22.8.2002.
20. Bengkel Kurikulum anjuran Fakulti Bahasa Moden Dan Komunikasi di Sentubong, Kucing, Sarawak pada bulan Mei 2001.
21. Seminar Sastera dan Budaya di Rumah Pena anjuran Gapena dan DBP membincangkan dua buah novel dan antologi puisi pada 3 November 2001.
22. Melafazkan tiga buah puisi di Majlis Ratib 1000 Syair di Rumah Gapena, Kuala Lumpur pada 2-3 November 2001.
23. Bengkel Penulisan Bahasa Melayu Untuk Tingkatan 5 bagi tahun 2004 sebanyak tiga kali, iaitu bulan Mc 2002 di port Dickson, bulan Jun 2002 di Hotel Purnama di Subang Jaya, dan bulan Disember 2002 di Langkawi.
24. Syarahan Perdana Kemerdekaan dengan Tajuk Di Sebalik Tabir Perjuangan Mencapai Kemerdekaan di Panggung Percubaan UPM, pada 14 Ogos 2002.
25. Seminar Dan Pameran Perubatan Melayu Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya pada 23-24 Ogos 2002.
26. Majlis Pertemuan Penulis Ilmiah Dewan Bahasa Dan Pustaka di Hotel Nikko, Kuala Lumpur pada 3 September 2002.
27. Mesyuarat Panel Penilai Hadiah Karya Kencana di Park Royal III, Hotel Park Royal, Kuala Lumpur, pada 17 September 2002.
28. Majlis Pelancaran Buku Barat-Timur dan Bom Atom di Hotel Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor pada 29 Oktober 2002.
29. Majlis Pelancaran Tatabahasa Bahasa Melayu Digital di Hotel Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor pada 30 oktober 2002.
30. Festival Persuaratan Dan Kesenian Melayu-Polinesia antara 24 Oktober – 2 November 2002 di Kuala Lumpur.
31. Simposium Linguistik dan Sains Pertuturan-Pendengaran pada 21-22 Oktober 2002 di Corus Hotel, Kuala Lumpur.
32. Majlis Ungkapan Nurani Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur 2002 di Rumah Pena, Jalan Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur pada 4 Oktober 2002.
33. Majlis Pembentangan Penyelidikan oleh Dr. Natalia F. Alieva di Sudut Penulis Dewan Bahasa Dan Pustaka pada 9.3.2002.
34. Pementasan Teater ANUGERAH di Auditorium Besar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada 19.7.2002.
35. Majlis Tokoh Dan Malam Kuala Sedili yang bertemakan “Kemanusiaan Sejagat Penunjang Hayat” di Dewan Persidangan IDEAL, UPM, pada 26 Julai 2002, dan Malam Kuala Sedili di Panggung Percubaan UPM pada tarikh yang sama.
36. Pementasan Drama “Gendang Kosong” Karya Usman Awang di Panggung Percubaan UPM, pada 5 Februari 2002.
37. Bengkel Penyemakan dan Perekayasaan Kurikulum pada 2-4 Mei 2003 di Hotel Regency, Port Dickson, N. Sembilan.
38. Majlis Dialog Intelek Bersama Sasterawan Negara Profesor Dr. Muhammad Haji Salleh pada 12 Mei 2003, di Fakulti Bahasa Moden Dan Komunikasi, UPM, Serdang, Selangor.
39. Ceramah Tentang Karya Agung: Konsep dan Ciri-cirinya oleh Datuk Dr. Hassan Ahmad, Ketua Eksekutif, Yayasan Karyawan pada 28 Mei 2003 di Fakulti Bahasa Moden Dan Komunikasi, UPM, Serdang, Selangor.
40. Majlis Sembang Sastera tentang “kegiatan sastera oleh penulis-penulis Muda Tanah air, di Rumah Gapena, Jalan Dewan Bahasa Dan Pustaka pada 5 Jun 2003.
41. Majlis Diskusi Novel “Buruk” karya Rohman Shaari di Dewan Za’ba, FBMK pada 22.2.2003.
42. Pameran Kaligrafi dan Seni Lukis Qur’ani di Majlis Program Kunjungan Muhibbah Fakultas Adab Padang, Indonesia di Foyer FBMK, UPM, Serdang pada 22.2.2003.
43. Majlis Pelancaran Buku Pakaian Melayu Sepanjang Zaman di Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur pada 28.6.2003.
44. Majlis Bicara Tiga Buku ‘Sekeping Hati Milik Azura, Dejavu Seorang Perempuan dan Bunga di Jalan (Kumpulan Puisi)’ di Bilik Seri Setia FBMK, UPM, pada 12.7.2003.
45. Hari Terbuka 2003 Institut Pertanian Semenanjung Malaysia di Institut Pertanian Serdang pada 21-24 Ogos 2003 Jam 9.00 – 5.00 petang.
46. Majlis Syarahan Raja Ali Haji 2003 oleh Y. Bhg. Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, pada 24 September 2003.
47. Mengikuti Delegasi BCOMM Semester 7 Program Perundingan Siswa ke Universiti Indonesia dan Universiti Gajah Mada, Indonesia dari 27.9.2003 hingga 4.10.2003.
48. Kuliah Kesusasteraan Bandingan Mastera oleh Profesor Dr. Budi Darma di Dewan Seminar Menara DBP, Kuala Lumpur pada 6.10.2003.
49. Undangan ke Majlis Penyampaian Hadiah Novel Alaf Baru dan Peraduan Menulis Cerpen/Puisi Pelbagai Kaum di Dewan Bangkuet, Tingkat 1, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 11.10.2003.
50. Seminar Imam Al-Shafi’iy Dan Kepenyairannya oleh Adli Hj.Yaacob UIAM di Dewan Bahasa Dan Pustaka, pada 13. 12. 2003.
51. Malam Tradisi Sastera Rakyat ke 19 di Taman Budaya Negeri Sembilan, Seremban pada 10.2.2004.
52. Majlis Pelancaran Novel Athirah dll pada 13.2.2004.
53. Majlis Pelancaran Buku MERCY: Antara Peluru dengan Air Mata karya Profesor Dr. Mohamed Hatta Shaharom di Hotel Istana, Kuala Lumpur, pada 5 Februari 2004.
54. Majlis Pelancaran Buku IBN BATTUTAH oleh DYMM Sultan Selangor yang berjudul “Pengembangan Ibn Battutah, Pengembara Agung, Karya Terulung, Menyingkap Wajah Dunia” di Dewan Besar IKIM, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Kuala Lumpur, pada 19.2. 2004.
55. Majlis Diskusi Buku Anggur Kehidupan oleh Anismas AR dan Bunga Di Jalan oleh Arbak Othman, anjuran Bahagian Teori dan Kritikan, Dewan Bahasa Dan Pustaka, di Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM, pada 14.2. 2004.
56. Bengkel Kesedaran MS ISO 9001: 200 di Dewan Za’ba, Fakulti Bahasa Moden Dan Komunikasi, UPM, Serdang, pada 15 Mac 2004.
57. Ceramah Pengurusan Penyelidikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd. Shahwahid Hj. Othman, Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan di Dewan Za’ba, Fakulti Bahasa Moden Dan Komunikasi, UPM, Serdang pada 17 Mac 2004.
58. Mengambil Bahagian dalam Sayembara Puisi antara PTJ dan Persembahan Muzik 60-an di Malam Budaya Warga UPM, di Panggung Percubaan PKKSSAAS, di UPM, Serdang pada 24.4. 2004.
59. Peserta Jemputan dalam Diskusi karya Zaharah Nawawi ‘Novel Hujan Sudah Teduh’ dan ‘Kumpulan puisi Pasar Pengalaman oleh T. Alias Taib di Bilik Kuala Lumpur, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, pada 22 Mei 2004 mulai jam 12.30 hingga 2.00 petang.
60. Seminar Pemikiran Sasterawan Negara S. Othman Kelantan di Dewan Seminar, Menara DBP, Dewan Bahasa Dan Pustaka, pada 24-26 Mei 2004.
61. Ceramah Jejak Diaspora Melayu di Bumi Makkatul-Ramah dan Madinatul-Munawarah di Fakulti Bahasa Moden Dan Komunikasi, UPM, pada 10.6.2004.
62. Pementasan Teater Perdana “Demi Zaiton” dari jam 8.30 hingga 10.30 malam di Auditorium DBKL, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur pada 1 Ogos 2004.
63. Persidangan Antarabangsa Kesenian “Simbolisme & Kerohanian” sebagai pembentang kertas kerja yang berjudul Simbolisme Kerohanian Daripada Pengucapan Mistik Dalam Puisi Penyair Melayu Kontemporari di Malaysia bertempat di Universiti Malaya pada 27-30 Ogos 2004.
64. Syarahan Komunikasi 2004, “Hala Tuju Dasar Luar Malaysia Di Pentas Global Selepas Peristiwa 11 September” dari jam 3.00 hingga 5.00 petang, pada 17 September 2004, di Dewan Persidangan Ideal, UPM, Serdang, Selangor D.E.
65. Syarahan ISO 2003/4 oleh Profesor Dr. Raden dari Fakulti Kejuruteraan UPM, di Dewan Seri Amar, FBMK, pada 28 September, 2004.
66. Peserta Undangan Festival Kesenian Rakyat Malaysia 2004 pada 11. 12. 2004 di Menara TH Perdana (Tingkat 30), Jalan Sultan Ismail 50694 Kuala Lumpur.
67. Peserta Seminar Sastera Cetak Abad ke 19 pada 14 –15 Disember 2004 di Dewan Bahasa Dan Pustaka, 50460 Kuala Lumpur.
68. Menghadiri Syarahan Perdana “Kemantapan Puisi Melayu Moden: Satu Tinjauan” oleh Profesor Rahman Shaari pada 29. 12. 2004 di Jabatan Pengajian Media, Fakulti Sastera Dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
69. Peserta Dialog Agung Sasterawan Negara ke 2 pada 30. 12. 2004 di Dewan Seminar (Tingkjat 2) Dewan Bahasa Dan Pustaka.
70. Peserta Seminar Penyelidikan Bahasa, Sastera, Budaya Dan Komunikasi FBMK dari 17 Januari 2005-01-11 di Dewan Seri Setia dan Seri Amnar FBMK, UPM, Serdang, Selangor Darul Ehsan.
71. Peserta “Seminar Islam Hadhari: Kefahaman mengenai Keutuhan Budaya - Bahasa Kiasan, Korpus Melayu Silam” pada 18 – 19 Januari 2005 di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Melaka.
72. Tertirah Kurikulum Bahasa Melayu pada 4-5 Februari 2005 di Dewan Seri Setia FBMK, UPM, 43400 Serdang, Selangor Darul Ehsan.
73. Menghadiri Majlis Upacara Persembahan Budaya dan Deklamasi Puisi sempena pengutipan bantuan Tragedi Tsunami pada 4 Februari 2005 (8-00 – 10-00 malam) yang dirasmikan oleh Menteri Kebudayaan, Seni Dan Warisan di Rumah Pena, Kuala Lumpur.
74. Peserta Bengkel Dokumentasi Warisan Melayu Dan Peribumi, pada 7. 2. 2005 di Bilik Al-Hadi, FBMK, UPM, 43400 Serdang, Selangor Darul Ehsan.
75. Peserta Pertemuan Dengan Penilai Luar (Prof. Dr. Hashim Haji Musa (UM) Untuk Program B.A. (Bahasa dan Linguistik Melayu) pada 16. 2. 2005 di Bilik Sarjana, FBMK, UPM, Serdang, Selangor Darul Ehsan.
76. Peserta Wacana Ilmu: “Hakikat Bahasa Dan Ilmu Daripada Perspektif Pengajian Melayu oleh Prof. Dr. Hashim Musa pada 23.2.2005 di BilikSeri Amar, FBMK, UPM, Serdang, Selangor. D.E.
77. Peserta Seminar Teori Dan Kritikan Sastera Melayu Serantau II pada 22-24 Mac 2005 bertempat di Dewan Seminar, Tingkat 2, Mena DBP, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.
78. Menghadiri Jemputan ke Forum Kurator Bil. 4/2005 bertajuk: Tarian Bubu: Tarian Rakyat Orang Perak pada 15 April 2005 di Auditorium, Aras 1, Jabatan Muzium dan Antikuiti, alan Damansara 50566 Kuala Lumpur.
79. Pesera Seminar Sehari Penyelidikan yang berjudul Perkembangan SMS dan Pengaruhnya Terhadap Bahasa Melayu Formal pada 19 April 2005 di Dewan Seminar, Tingkat 2, Menara Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
80. Menghadiri Forum Kurator Bil. 5/2005 bertajuk: Masyarakat Melayu Di Selatan Thailand: Perspektif dari sudut kebudayaan pada 14 Mei 2005 di Auditorium, Aras 1, Jabatan Muzium dan Antikuiti, Jalan Damansara 50566 Kuala Lumpur.
81. Peserta Seminar Linguistik Dan Bahasa Melayu Satu dengan kertas kerja berjudul Operasi Leksikal dalam Wacana di Fakulti Bahasa Moden Dan Komunikasi di Universiti Putra Malaysia, Serdang, pada 28 Mei 2005.
82. Peserta Persidangan Antarabangsa Leksikologi dan Leksikografi Melayu dengan tema ‘Pelbagai Dimensi Perkamusan Melayu’ pada 6-7 Jun 2005 di Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.
83. Menghadiri Forum Kurator Bil 6/2005 bertajuk Rumah Kutai, Perak oleh Johar Kadis pada 10 Jun 2005 (9 pagi) di Auditorium, Aras 1, Jabatan Muzium dan Antikuiti, Jalan Damansara 50566 Kuala Lumpur.
84. Jemputan Mendeklamasi Puisi pada jam 8.00 – 11.00 malam 17. 6. 2005 di Majlis Malam Gema Warisan di Perkarangan Kafe Muzium, Jabatan Muzium dan Antikuiti, Jalan Damansara 50566 Kuala Lumpur.
85. Peserta Seminar Dunia Arena Wati – Dunia Bugis Dan Dunia Melayu Dan Forum Kesusasteraan, pada 30 Julai 2005, di Dewan Bankuet dan Dewan Seminar, Menara DBP, Kuala Lumpur.
86. Peserta Seminar Antarabangsa Kunjungan Sumbangan Keris Mas Dalam Pembangunan Negara, pada 2 – 4 Ogos 2005 di Dewan Seminar, Menara DBP, Kuala Lumpur.

KHIDMAT PROFESIONAL

  1. Panel Hakim Penilai Hadiah Karya Kencana 2003, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.
  2. Menerima undangan sebagai penulis pengkritik karya puisi penyair-penyair tanah air: Yang terkenal dan Yang baru.
  3. Pengerusi Forum Mutiara Pelita Bahasa: Mengungkapkan Jasa-jasa Za’ba dalam bidang kebahasaan, budaya dan agama demi negara pada tahun 2003.
  4. Pemudah Cara bengkel Bahasa Dan Karya Kreatif yang diadakan di Corus Paradise Resort, Port Dickson, anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka.
  5. Hakim untuk beberapa pertandingan Sayembara dan Deklamasi puisi di UPM, Serdang sepanjang tahun 2000 hingga 2004.
  6. Ahli bahasa yang sering diundang oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka bagi membincangkan masalah nahu Melayu yang timbul dari semasa ke semasa.
  7. Pakar Bahasa Jawatan Istilah untuk Peristilahan Bahasa Melayu dalam bidang Fizik, Kimia, Penerbitan dan Penyiaran, Bahasa dan Kesusasteraan sejak tahun 1987 hingga tahun 2000.
  8. Pengkaji pakar dalam projek Kajian Dan Karya Lengkap Muhammad Yassin Makmor (pungguk) tajaan Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.
  9. Panel Hakim Hadiah Sastera Utusan Melayu tahun 2004/2005.
  10. Panel Hakim Hadiah Kencana 2004/2005 Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.

HOBI PUJANGGA...


Tokoh bahasa yang amat dikagumi ini juga mempunyai kesukaan dan kegemaran yang seperti juga insan biasa..hobi utama beliau ialah mendeklamasi puisi, mencipta puisi. Beliau dapat melahirkan ketidakpuasan hati atau pun meluahkan bunga-bunga keindahan melalui penulisan beliau. selain itu, beliau turut mencipta lirik lagu dan gemar menonton persembahan teater dan seyembara lirik lagu. Waktu lapang beliau turut terisi dengan kegiatan menulis novel. Novel terbitan pertama beliau adalah Dari Dilema Ke Destinasi pada tahun 2002. kegiatan lain ialah menulis puisi dan rencana ilmiah, termasuklah penglibatan dalam kegiatan sastera tanahair yang dianjurkan oleh beberapa pertubuhan penulis seperti Gapena, Pena, selain anjuran daripada Persatuan Linguistik Malaysia dan lain-lain.

MADAH PUISI...


Tokoh kita ini turut bergiat aktif dalam penghasilan puisi. Antologi pertama yang diterbitkan berjudul Peta Cinta iaitu terbitan Pustaka Nusa pada tahun 2001. penerbit yang sama juga telah menerbitkan sebuah lagi antologi puisi remaja dengan judul Bunga Di Jalan pada tahun 2003, Sinar Masa 2004, Sketsa Kehidupan 2005 dan Suara Gundah Di Bumi Basah 2006 dan Luka Mimpi 2007.

DARI DILEMA KE DESTINASI


NOVEL : DARI DILEMA KE DESTINASI


Pengarang : Arbak Othman
Genre : Novel
Mukasurat : 470 halaman
Cetakan Pertama : 2002

Sinopsis :

Novel Dari Dilema ke Destini merupakan sebuah novel sosio-politik dalam konteks sebuah negara merdeka yang sedang meningkat maju dengan pesatnya dalam bidang ekonomi. Pemikiran di dalam novel ini berusaha memenuhi konsep keadilan melalui tindakan plitik yang menjana perkembangan mental rakyatnya yang berbilang kaum.Jalan-jalan keluar yang menyusuri kekusutan yang melanda nasib rakyat berbilang kaum yang terdiri daripada kaum bumiputera dan kaum bukan-bumiputera menjadi intisari pemikiran dan tindakan yang terpaku kepada usaha mencari keadilan berdasarkan persepsi agihan dan peruntukan yang dapat menyelamatkan setiap bangsa, agama, kepercayaan dan politik mereka dalam kepompong yang sentiasa sengit dan menyengat itu. Pembaca sentiasa dibawa ke arena penghidupan yang kusut sebagai peneliti kebenaran falsafah pemikiran yang terkandung di dalam novel ini.

PENERBITAN AKADEMIK/ PROFESIONAL

1. “Pengajaran Konsonan Melayu kepada orang-orang Cina”, Dewan Bahasa, Oktober, 1974.
2. “Kata Nama Transformasi Generatif Bahasa Melayu”, Dewan Bahasa, DBP, Februari 1975.
3. “Perlakuan Sutan Takdir Alisjahbana dalam ‘Tatabahasa Baru Melayu/Indonesia’ Dan Asmah Haji Omar dalam ‘Bahasa Malaysia Kini’ terhadap morfem-morfem terikat”, Dewan Bahasa, DBP, Januari 1976.
4. “Penggandaan Dalam Morfologi Bahasa Melayu”, Dewan Bahasa, Mei, 1976.
5. “Kesalahan Umum dalam Nahu Bahasa Malaysia”, Dewan Bahasa, DBP, Disember 1978.
6. “Beberapa Teksik Mengajar Bunyi Bahasa Malaysia”, Dewan Bahasa, DBP, 1978.
7. “Teknik Keperihalan Dalam Pengajaran Bunyi Bahasa Melayu kepada pelajar-pelajar Asing”, Dewan Bahasa, DBP, Mei 1979.
8. “Pengimbuhan dan Cara-cara Menggolongkan Perkataan Bahasa Melayu Menurut Golongannya”, Dewan Bahasa, DBP, September – November, 1979.
9. Pengantar Teori Sintaksis: Satu Pengenalan Konsep Tatabahasa Transformasi-Generatif (1980),Sarjana Enterprise, Kuala Lumpur. 128 halaman.
10. “Tatabahasa Pegangan”, Dewan Bahasa, DBP, Januari 1980.
11. Tatabahasa Malaysia (1981), Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise. 264 halaman.
12. “Sekolah Tatabahasa Bahasa Malaysia Perlu ditubuhkan”, Utusan Zaman, September 1982.
13. “Imbuhan Me- Dan Pentingnya Dalam Pengajaran Tatabahasa Bahasa Melayu”, Dewan Bahasa, Oktober 1982.
14. “Kedudukan Golongan Siapa, Apa dan Mana Dalam Bahasa Melayu”, Dewan Bahasa, Januari 1984.
15. Bahasa Malaysia Sijil Persekolahan (1984), Utusan Melayu, Kuala Lumpur. 312 halaman.
16. Permulaan Ilmu Linguistik: Satu Pengenalan Konsep Dan Bidang Kajian Secara Teoretis (1980). Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise.
17. Mengajar Tatabahasa (1985). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
18. “Intonasi Dalam Tatabahasa: Satu Sudut Pandangan” dalam Mengajar Bahasa Malaysia: Jilid 2: Latihan Guru dan Bahan, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1985.
19. “Konsep Tatabahasa Pegangan” dalam Mengajar Bahasa Malaysia, Jilid 2: Latihan Guru Dan Bahan oleh Azman Wan Chik (Editor), 1985.
20. Belajar Tatabahasa Dan Bahasa Malaysia (1985). Petaling Jaya: Fajar Bakti.
21. “Pengajaran Tatabahasa Bahasa Melayu: Satu Rangka Umum Tentang Pengendalian dan Perancangannya” dalam Mengajar Bahasa Malaysia Dari Segi Perkaedahan oleh Azman Wan Chik (Editor), 1986). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
22. “Standardisasi Sebutan”, Beriga, Bil 10, Januari-Mac 1986. Brunei Darussalam: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
23. “Masalah Kenahuan Dan Kesalahan Bahasa” dalam Kesalahan Bahasa Dalam Bahasa Malaysia, (1987). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
24. Kamus Pelajar Baru (1987). Petaling Jaya: Fajar Bakti.
25. Imbuhan Bahasa Melayu (1989). Petaling Jaya: Fajar Bakti.
26. Nahu Bahasa Melayu (1989). Petaling Jaya: Fajar Bakti.
27. “Teori Komponen Semantik Katz” dalam Monograf Bahasa, Sastera, Budaya, FBMK, UPM, keluaran November 2000.
28. “Puisi Sebagai Teks Tafsir Seni Karya”, Dewan Sastera, Mac 2000.
29. “Koherensi dalam Karya Puitik”, Dewan Sastera, Bil. 5, 2001: Kuala Lumpur: DBP.
30. “Fonologi dan Morfologi Prosodik” dalam Jurnal Bahasa, Bil. 1, 2001.
31. “Tetenunan Puisi A. Aziz Deraman”, Jurnal Bahasa, Bil. 2, 2001: Kuala Lumpur: DBP.
32. “Kematangan dalam Puisi Rahimidin Zahari”, Berita Minggu, Disember 2001. Kuala Lumpur: Straits Times Press.
33. Pengantar Linguistik Am, 2002 (Bersama Dr. Ahmad Mahmood Musanif). Kuala Lumpur: Penerbit Sarjana.
34. “Keunggulan Semantik-Pragmatik Puisi-puisi Dharmawijaya”, Dewan Bahasa, keluaran November 2000.
35. “Fonologi dan Morfologi Prosodik dengan Aplikasinya dalam Bahasa Melayu, Jurnal Bahasa, Jilid 1, Bil 1. DBP, keluaran Mac 2001.
36. Koherensi Dalam Puisi”, Dewan Sastera, Bil. 5 DBP, 2001.
37. “Kemujaradan Puisi Sutung Umar RS, Akar, Jilid 3. Bangi: Pustaka Nusa.
38. “Teori Pemerian Russell” dalam Monograf FBMK, UPM, Bil 6. Oktober 2001.
39. Teori Leksikografi (2001). Kuala Lumpur: Penerbit Sarjana Enterprise.
40. “Amanah Pabila Benar” (puisi), Dewan Sastera, keluaran Mei 2002. Kuala Lumpur: DBP.
41. “Hipotesis Konotasi Leksiko-Semantik dalam Puisi Dharmawijaya”, Dewan Bahasa, keluaran Jun 2002. Kuala Lumpur: DBP.
42. “Makna Indeksikal ‘Saya’ dalam Nahu Semantik”, Monograf FBMK, UPM, keluaran Julai 2002.
43. “Novel ‘Burok’ oleh Rohman Shaari: Suatu Sudut Pandangan, Berita Minggu, Julai 2002.
44. Pengantar Linguistik Edisi Karya-Net Dewan Bahasa Dan Pustaka 2002. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
45. “Kontekstualisasi dalam puisi A. Samad Said” dalam Pangsura, keluaran September-Disember 2002. Brunei Darussalam: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
46. Peta Cinta (2002), Kumpulan Puisi. Bangi: Penerbitan Pustaka Nusa.
47. “Pengalaman Yang Tak Dialami” (puisi), Dewan Sastera, Disember 2002. Kuala Lumpur: DBP.
48. “Sekalung Budi” (puisi), Dewan Sastera, keluaran Disember 2002. Kuala Lumpur: DBP.
49. “Kemerdekaan di Tanah Air Ini” (puisi), dalam Kumpulan Puisi Ratib 1000 Syair, 2003. Kuala Lumpur: Gapena.
50. “Melayu Tak Pernah Berpecah” (puisi), dalam Kumpulan puisi Ratib 1000 Syair, 2003. Kuala Lumpur: Gapena.
51. “Menara KLCC” (puisi), dalam Kumpulan puisi Ratib 1000 Syair (2003). Kuala Lumpur: Gapena.
52. “Neraca” (puisi) dalam Kumpulan puisi Ratib 1000 Syair (2003). Kuala Lumpur: Gapena.
53. “Puisi A. Aziz Deraman dalam antologi ‘Gapura Diri’: Satu Analisis Dari Sudut Falsafah Bahasa” dalam Jurnal Bahasa, keluaran Mac 2002.
54. “Pengisian Mistik yang Tidak Digeruni: Satu Kajian terhadap Puisi-puisi dalam Sapaan Bonda, Kumpulan Puisi dalam majalah Widya terbitan DBP Cawangan Sabah, edisi Mac, 2003.
55. “Retorik Ekspresionis Johan Jaafar”, Dewan Sastera, Jun 2003.
56. “Puisi-puisi Usman Awang Dari Sudut Sosio-Psiko-Pragmatik” dalam jurnal Pemikir, keluaran April-Jun 2003. Kuala Lumpur: Utusan Melayu Berhad.
57. “Rubai Kedamaian” (puisi), Mingguan Malaysia, Mei 2003. Kuala Lumpur: Utusan Melayu Berhad.
58. “Pengarang Mengkritik Karya Sendiri?”, Mingguan Malaysia, Mei, 2003.
59. “Gunung Rindu” (puisi), Dewan Sastera, keluaran Jun 2003. Kuala Lumpur: DBP.
60. “Cognitivism in Muhammad Haji Salleh’s Poetry in Aksara Usia” dalam jurnal Malay Literature, keluaran Januari-Jun 2003. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
61. Novel Dari Dilema Ke Destini, (2003). Bangi: Penerbitan Pustaka Nusa.
62. Bunga Di Jalan (2003), Kumpulan Puisi. Kajang: Pustaka Nusa.
63. Teori Linguistik (bersama Dr. Ahmad Mahmood Musanif), 2003. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise.
64. “Tematik: Teori Dan Aplikasi Dalam Nahu” dalam Monograf FBMK, UPM, Bil. 8., keluaran Jun 2003.
65. Buku teori Semiotik Dalam Penelitian Puisi, terbitan Citra Kurnia Enterprise, Seri Kembangan, 2003.
66. “Peleburan Semantik Dan Sentuhan Intelektual berbeza-beza dalam puisi”, Dewan Sastera, DBP, keluaran November 2003.
67. “Ciri-ciri kemaknaan membezakan kekuatan puisi”, Dewan Sastera, keluaran Jun 2004 Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.
68. “Pergerakan Rujukan Dalam Gapura Diri A. Aziz Deraman”, Dewan Sastera, keluaran September 2004, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.
69. Puisi yang berjudul Perangai Kita, Dewan Sastera, keluaran Oktober 2004, Dewan Bahasa Dan Pustaka.
70. “Transformasi Konvensi Sosial Dalam Puisi”, Dewan Sastera, keluaran Disember 2004, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.
71. “Struktur Nahuan Puisi Baha Zain” dlm Jurnal Bahasa, Disember 2004.
72. “Teori Nahu Minimalis: Amplikasi Dan Aplikasi Asas Nahu Universal”, Monograf FBMK, Bil. 9, Julai 2004.
73. Puisi yang berjudul Membina Rumah, Dewan Sastera, keluaran Februari 2005, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.
74. Esei yang berjudul “Mengapa Seni Untuk Seni?” dalam Mingguan Malaysia bertarikh 3.4.2005: Kuala Lumpur: Utusan Melayu Publication Sdn Bhd.
75. Antologi Puisi yang berjudul Sinar Masa 2004. Kuala Lumpur: Andera Holding Sdn Bhd.
76. Esei yang berjudul Kedalaman Puisi Dharmawijaya dan Siti Zainon Ismail, Dewan Sastera, keluaran April 2005, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.
77. Puisi yang berjudul Cinta Yang Tinggal, Dewan Sastera, keluaran Mei 2005, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.
78. Makalah yang berjudul Datif Dalam Bahasa Melayu: Satu Kajian Nahu Kasus dari sudut Peranan Semantik dalam Ayat dalam Jurnal Bahasa, Jilid 5 Bil. 2, Jun 2005.
79. Makalah yang berjudul Organisasi Leksikal Dalam Nahu Wacana dalam Monograf FBMK, bil. 10 Julai 2005.
80. Analisis Puisi yang berjudul Desakan Teks dalam Puisi, Dewan Sastera, keluaran Ogos 2005.
81. Menilai makalah yang berjudul Ucapan Presiden Indonesia: Memancing rakyat melalui retorik untuk dipertimbangkan dalam penerbitan Jurnal Bahasa Dewan Bahasa Dan Pustaka yang bertujuan untuk mendapatkan lessen kelulusan untuk penerbitan yang belum tentu diterima oleh pihak DBP.
82. Menilai makalah yang berjudul Pola Ayat Lain Bahasa Malaysia: Keterangan Korpus untuk dipertimbangkan dalam penerbitan Jurnal Bahasa Dewan Bahasa Dan Pustaka dalam usaha mendapatkan lessen kelulusan untuk penerbitan yang belum tentu diterima oleh pihak DBP.
83. Makalah yang berjudul Mengapa Penulis Muda Dibidas dalam Mingguan Malaysia, 30 Julai, 2005.
84. Makalah yang berjudul Desakan Teks Mengukur Status Kualiti Puisi dalam majalah Dewan Sastera, keluaran Ogos 2005, DBP, Kuala Lumpur.


SIAPA BELIAU???












BIODATA TOKOH :

Arbak Othman dilahirkan pada 10.2.1944 di Kampung Sebatu, Melaka. Beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya pada tahun 1970 hingga tahun 1973, iaitu tahun beliau dianugerahi Ijazah sarjana Muda sastera dalam bidang linguistik Tulin.Meneruskan pengajian pada peringkat Sarjana Sastera dan berjaya lulus Ijazah Sarjana Sastera pada tahun 1978. Sekarang ini beliau bertugas sebagai pensyarah dan menjawat jawatan Profesor Madya di Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor D.E. Pelbagai sumbangan beliau dapat dilihat sepanjang penglibatan beliau dalam arena ini.

SALAM PERKENALAN...

Assalamualaaikum dan salam sejahtera...

terbang burung menerjah awan,
menggapai mimpi cita-cita impian,
salam perkenalan ku hulurkan,
harap membunga sinar harapan..

ku citra salam hadiri,
membibit setia sahabat sasterawan,
membuka ruangan berdiskusi disini,
mendidik minda membina kebijaksanaan..